SENYUMAN KEGEMBIRAAN – MAKWE ENGINEERING
Pertama sekali, Makwe nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan – pelanggan Makwe Engineering yang telah memilih, mempercayai dan menggunakan perkhidmatan daripada kami. Kami sedar akan banyak kekurangan yang perlu kami perbaiki dan banyak yang perlu kami belajar tapi dengan adanya pelanggan yang sentiasa menyokong hasil kerja kami dan memberi peluang membuatkan Team Makwe lebih bersemangat untuk belajar dan membantu pelanggan.
Seterusnya, tanpa pelanggan siapa lah Makwe Engineering yang sekarang yang mampu berdiri teguh untuk 2020. Kami juga terkesan dengan pandemik Covid – 19 tetapi itu bukan alasan untuk kami tidak bangun. Adat dalam perniagaan ada turun naik. Walau banyak aral melintang yang menghalang, tetapi dengan semangat dari Team dan pelanggan yang membuatkan kami kuat untuk mengharunginya.
Makwe Engineering juga bangga mempunyai Team yang sangat berbakat. Walaupun Team Makwe bukanlah ramai tetapi masing – masing mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri dan mereka juga berpotensi besar untuk menjadi orang yang berjaya. Mereka tidak pernah berputus asa dan sanggup buat asalkan dapat melihat senyuman kegembiraan yang terpancar di wajah pelanggan.
Misi Makwe Engineering adalah untuk membantu dan memberi manfaat kepada orang lain. Penat lelah Team hilang bila lampu yang lama tak hidup berjaya kami hidupkan, rumah yang blackout berjaya kami pulihkan. Kepuasan anda adalah”priority” kami. Kami juga sentiasa doakan pelanggan Makwe sentiasa dimewahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan bahagia dunia akhirat. TERIMA KASIH KERANA SENTIASA MENYOKONG DAN MEMPERCAYAI KAMI.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.