Saturday 29 August 2020

Matlamat Utama Makwe Engineering

 Matlamat utama – Makwe Engineering.

Alhamdulilah, Pada minggu yang lalu Team Makwe Engineering telah mendapat WhatsApp daripada seorang pelanggan iaitu Encik Nazmi yang berada di Lbs Puncak Alam. Beliau request untuk Team membuat pendawaian di rumah beliau serta membuat pemasangan lampu hiasan iaitu lampu chandelier dan membuat pendawaian untuk pemasangan soket plug. Beliau juga meminta Team menaikkan cermin besar di kediaman beliau.

Proses untuk menyiapkan rumah beliau hanya memakan masa selama 1 hari. Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Nazmi kerana memilih Makwe Engineering sebagai penyelesaian kepada permasalahan beliau dan mempercayai Team Makwe. Beliau juga telah memberikan kerjasama yang baik dan memudahkan kerja Team.

“Servis yang terbaik. Team yang sangat peramah dan baik hati. Saya sangat berpuas hati dan sangat recommended!” Puji Encik Nazmi.

Kami doakan supaya Encik Nazmi sekeluarga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki. Tidak dilupakan juga, kami sentiasa mendoakan kesejahteraan pelanggan kami yang lain. Semoga kita semua dibawah lindungan Nya. Ramai pelanggan yang kami telah bantu selesaikan masalah mereka dan kebanyakkan daripada mereka sangat berpuas hati dengan servis daripada kami tidak ketinggalan juga ada yang sampai REPEAT buat kali kedua. Matlamat kami adalah untuk membantu pelanggan yang memerlukan bantuan untuk elektrikal. Kami sedia menghulurkan bantuan. ALHAMDULILAH DAN TERIMA KASIH KEPADA PELANGGAN YANG TELAH MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN DARIPADA KAMI.

No comments:

Post a Comment