Tuesday 25 February 2020

Latihan Industri Elektrikal di Makwe Engineering

Dua Pegawai / Pensyarah Hadir di Ofis Makwe Engineering Baru – Baru ini.
Alhamdulillah Bersyukur ke hadrat ilahi. Dipermudahkan urusan oleh Nya. Pada 21 Febuary 2020 telah dihadiri 2 pegawai yang cantik lagi manis, juga tutur kata yang baik.
2 Pegawai pensyarah datang ke ofis untuk menilai dan juga sesi berdiskusi untuk perancangan di masa akan datang dan ke mana hala tuju Syarikat Makwe Engineering ini akan pergi.
Alhamdulillah atas pujian dan kata – kata Puan berdua dan InshaAllah niat kami hendak memilih semua pelajar dari politeknik mahupun mana – mana universiti atau Institut Latihan untuk masuk ke Syarikat ini dengan memberi banyak ilmu Praktikal dan theory yang bakal mereka pelajari di Syarikat ini.
Segala kelengkapan untuk pelajar telah kami sediakan untuk pelajar Latihan Industri | Intern | Praktikal | Internship.
Dari segi Ofis mahupun pejabat, Meja dan kerusi pelajar disediakan, ruangan untuk training dan meeting juga termasuk pemakaian keselamatan yang paling utama kami titik beratkan di Syarikat Makwe Engineering ini. Kelengkapan juga kami menyediakan ruangan dan HDTV serta Unifi Percuma untuk pelajar mencari / membuat research dan juga kelengkapan untuk mereka membuat pembentangan mahupun presentation.

No comments:

Post a Comment