Assalamualaikum dan Salam Ceria buat semua pengunjung Makwe Engineering.
Semoga semua dalam lindunganNya dimana mana anda berada. Semoga juga kalian dalam keadaan ceria untuk meneruskan ibadah dalam pekerjaan. #kerjaituibadah.
Panjang pula pembuka bicara. hehe. okay la, Hari ni nak share sikit berkenaan pengalaman Team Makwe Engineering / Hero - Hero Makwe Engineering dalam menyelesaikan satu masalah yang dihadapi oleh Sebuah Show Room BATA di Setia City Mall, Setia Alam baru-baru ni.
Okay buat yang belum pernah amik job ni, admin nak share serba ringkas. Baru - baru ni kami dapat aduan daripada customer kami untuk menyelesaikan masalah yang ada di show room tersebut, untuk diservis kesemua lampu lampu dan wiring untuk Show room tersebut untuk menampakkan ia kembali ceria. untuk Customer BATA juga yang ingin membuat pilihan dalam keadaan keadaan yang selesa dan lampu yang terang.
Sebelum masuk untuk melakukan tugasan dalam Mall ini, bukan mudah untuk kita masuk, perkara yang pertama, kita mesti minta izin daripada person in charge untuk bangunan tersebut, then perlu ada kelulusan permit, selepas lulus semuanya. baru lah boleh start kerja, tapi sebelum start kerja kita mesti hadirkan diri dalam safety induction dulu. baru boleh start kerja.
Ok, Hero Makwe Engineering dengan kerahan tenaga mereka buat sampai jadi. yang paling penting keceriaan dalam kumpulan. Gurauan, dan ketegasan dan fokus dalam melakukan kerja perlu ada. so Hero makwe ni dapat lah siapkan 100 peratus komitmen tanpa sebarang error.
Boleh rujuk pada gambar progress yang telah disiapkan dengan sempurna oleh abang - abang dari Makwe Engineering.
Mechanical, Aircond, Knowledge, Wiring, Electrical Engineering.
Bersama menuju kejayaan, MAKWE Engineering.
Sincerely,
Nisa
Founder MAKWE Engineering.
Nisa
Founder MAKWE Engineering.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.