Wednesday 4 August 2021

3 Habit Yang Boleh Menyebabkan Kebakaran





Assalamualaikum semua, hari ini saya ingin berkongsi kepada anda beberapa habit yang boleh menyebabkan berlakunya kebakaran. Antaranya :-

1) Gemar menggunakan extension cord yang sangat kerap kerana ia boleh menyebabkan litar pintas.

Ini kerana extension merupakan barang elektrik yang boleh digunakan dalam masa yang pendek sekitar 6 hingga ke 7 jam dalam sehari. Extension yang digunakan akan menjadi panas apabila semakin lama digunakan. Ia juga hanya sesuai digunakan untuk Charge Phone atau barang elektrik yang tidak menggunakan kuasa voltan yang tinggi. 

2) Keluar rumah tanpa menutup peralatan elektrik menyebabkan ia mengundang padah.

Habit ini sering kali kita lakukan kebiasaannya. Boleh jadi kerana hanya mahu keluar rumah sebentar atau terlupa seperti contoh Seterika, Periuk nasi, Television, Charger phone. Kita perlu elakkan perkara seperti ini bagi langkah berjaga-jaga dan tidak membawa padah.

3) Tinggalkan masakan tanpa pengawasan, kerana masakan mampu terbakar dan hangus.

Kepada pengguna dapur elektrik sangat bahaya jika anda lakukan perkara ini. Awasi masakan anda dan jangan leka dengan gadjet atau televisyen. 

No comments:

Post a Comment